I am a WIFE to a loving husband, A MAMA to our little prince, A DAUGHTER to such a caring parent, A GOOD FRIEND For a GOOD PEOPLE.

About Me

My photo
*Daughter:Sister:Wife:Mother*

My Fav Song

I have ONLY 5 minutes!

Hi readers!

Yes. If I had only five minutes to wrote something on my blog, right here and right now, I just want to post that I do not want to expect anything back in return, this is the best way..I am not going to get people to pay attention on my material post..this will be it  ;p






end here.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerana Fitrah Manusia Sentiasa Inginkan Yang Terbaik

Assalamualaikum dan salam Jumaat..

Mengimbas kembali kejadian yang telah berlalu, terasa pedihnya ulu hati ini bila teringat akan mereka yang terlalu taksub dengan kebaikan diri sendiri tetapi terlupa bahawa manusia tiada satu pun yang sempurna..malam semalam sebelum tidur tiba-tiba saya teringat akan seseorang, dan saya tidur dalam keadaan yang agak marah, sakit hati dan tak nak maafkan orang itu..Astaghfirullahaladzim..KALAULAH pagi ini saya tidak di berikan kesempatan melihat dunia, tidak lagi berpeluang mencium tangan suami, ibu bapa dan memeluk anak saya, sudah pasti saya di tarik nyawa dalam keadaan yang berdosa T_T

Sakit hati, sedih, marah, saling memperli, bongkak, sombong, menunujuk-nunjuk, taksub dengan kekayaan, menindas dan tertindas --- Inilah lumrah manusia..terlalu ramai dan bermacam-macam perangai orang yang telah saya jumpa..saya bukanlah mengaku baik, tetapi ada khilaf sendiri, penuh dengan kesilapan, ketidaksempurnaan yang nyata dan boleh di lihat dengan mata kasar.

Walaupun kita berkuasa, kaya, mampu membeli rumah mewah, kereta mewah, berjaya, selesa dengan kehidupan, kesenangan yang terus menerus, janganlah terlalu takbur dan meninggi diri..dalam sekelip mata DIA boleh ambil semuanya dari kita..dunia ini hanya pinjaman.semuanya milik Allah..apa yang kita peroleh sekarang semuanya hanyalah pinjaman..kita terlalu kerdil untuk bongkak, menyombong diri dan menunujuk-nunjuk..jika sekarang kita mempunyai kereta mewah, rumah mewah, suatu hari bila tibanya masa kita menghadap-Nya, kita tetap menaiki kenderaan yang sama dan tempat tinggal yang sama. Allahualam.


Sepatutnya kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada, bukan nak menunjuk-nunjuk..jika ada musibah yang melanda, perkara buruk telah terjadi kat seseorang, jangan di hina, jangan membuat andaian macam-macam seperti apa yang berlaku di Jepun baru-baru ini..bila Tsunami melanda Jepun, ramai yang membuat kesimpulan masing-masing, ada yang berkata itu adalah bala yang di turunkan oleh Allah..Siapa kita untuk menilai semua kejadian yang telah terjadi?siapa kita untuk mempersoalkan dosa-dosa manusia?sepatutnya kita menginsafi diri dan mengambil iktibar apa yang telah terjadi, bukan membuat andaian dan kesimpulan sendiri..jangan mempersoalkan kekuasaan Allah.Allah itu Maha Besar.

Apa yang berlaku terhadap diri kita, tak pernah pun terlintas di fikiran kita..apa yang terjadi tempat orang lain, tak semestinya tidak akan terjadi tempat kita sendiri..berhentilah menghina, membuat andaian buruk sesama manusia, dan berhentilah menjadi manusia yang bongkak dan meninggi diri..yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan..kita tak boleh menjadi sempurna tapi kita boleh memperbaiki diri kita agar menjadi manusia yang lebih baik dan mulia di sisi-Nya..berhentilah mempersoalkan kisah silam dan dosa orang lain, kerana semua itu adalah urusan mereka dengan Allah Yang Maha Esa..

Sebab itu entry ini bertajuk : Kerana fitrah manusia sentiasa inginkan yang terbaik..
I don't know how related is with my entry and the title, but it was just came across in my mind with all sudden..and I expressed them with my own words and I believe everyone will understand..happy reading everyone, and last but not least, I just want to say that [ I'm not perfect at all ]

end here.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiada Duka Yang ABADI




Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sharing is caring..



Sebenarnya saya tertarik dengan satu isu tentang masalah pasangan suami isteri setelah berumahtangga iaitu masalah mendapatkan zuriat..semua pasangan sudah semestinya teringin dan menantikan cahaya mata hadir dalam kehidupan mereka untuk melengkapkan lagi ikatan kasih sayang yang telah di bina..

Tidak di nafikan saya ada pengalaman berjumpa dan mendengar luahan isteri tentang masalah yang mereka hadapi..saya bukanlah pakar tentang itu, bukan juga memandai-mandai nak memberi nasihat..tapi saya sebagai seorang ibu dan isteri teramat memahami perasaan dan keinginan seorang isteri yang mahu bergelar IBU.

Oleh itu, saya mencari beberapa tips untuk hamil dan masukkan dalam entry saya pada hari ini..mungkin ini dapat membantu dan memberi info kepada anda yang menginginkan zuriat..berusaha dan sentiasalah berdoa kepada Allah, Insyaallah mudah-mudahan akan di permudahkan segalanya..Di bawah ini saya berjaya mendapatkan tips mudah hamil:

NOTA: Sumber : sila klik di sini




Beberapa Tips Untuk Hamil

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:-

Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:-

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks:-

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:-

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.
Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Doktor.. InsyaAllah anda berjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya Allah...


Sebenarnya tujuan utama saya membuka laman web Rahsia Sebuah Alam Perkahwinan ialah untuk mencari resipi kesihatan yang boleh saya manfaatkan untuk di jadikan panduan untuk pemakanan anak saya, tapi saya tertarik dengan 1 kisah ini..mudah-mudahan saya dan suami dapat didik anak kami dengan sebaiknya..ibu-bapa harus berikan contoh yang terbaik untuk anak-anaknya..jangan ajar dan melakukan perbuatan yang bukan-bukan depan anak..

Saya hanya terkedu bila membaca kisah ini..ermm..pengajaran buat ibu-bapa sebenarnya..sila baca kisah ini untuk renungan kita bersama....

Nota: Sumber - Rahsia Perkahwinan atau anda boleh terus klik tajuk di bawah ini:

Tapi.. Papa buat kat Mama boleh? | children's, kids, education and school, child, baby, parent MALAYSIA

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.........................................................................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WSB

WSB